Pesanan yang dibatalkan dan bidaan yang gagal Pengguna General Dynamics F-16 Fighting Falcon

Argentina

Agensi Kerjasama Pertahanan A.S telah menawarkan 36 buah F-16A (MLU) (+6 alat ganti) pada bulan Jun 1999 kepada Argentina. Tawaran ini telah ditolak oleh kerajaan baharu Argentina.[petikan diperlukan]

Australia

F-16A dan F-16C adalah antara pesawat yang dipertimbangkan oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) untuk mengantikan pesawat pejuang Dassault Mirage III pada akhir tahun 1970an dan awal 1980an. Selepas proses penilaian awal dimuktamadkan, pilihan yang tinggal pada RAAF sama ada F-16C dan F/A-18 Hornet, kedua-duanya memenuhi keperluan teknikal. Meskipun harga F-16C lebih murah berbanding dengan F/A-18A, RAAF memutuskan bahawa Hornet memiliki teknologi yang matang, lebih mudah diselenggarakan semasa atur-gerak operasi, dan kemungkinan kadar haus yang lebih rendah. Berdasarkan ini, kerajaan Australia memilih untuk memesan 75 buah F/A-18s pada bulan Otober 1981.[14]

Brazil

Brazil telah menilai F-16BR dengan niat untuk mengeluarkannya dalam satu perkongsian dengan Lockheed Martin. Dassault Rafale, Boeing F/A-18 Super Hornet, dan Saab Gripen NG telah disenarai pendek. F-16BR telah kalah dalam persaingan ini kepada JAS-39 Gripen E.[15]

Croatia

Pada bulan Julai 2017, Kementerian Pertahan Croatia telah mengumumk7kan bahawa ia berminat untuk memulakan semula program perolehan untuk mengantikan pesawat MiG-21 yang digunakan oleh Tentera Udara Croatia, dan telah mengeluarkan satu permohonan cadangan sehingga 12 buah pesawat kepada lima buah negara: Greece, Israel dan Amerika Syarikat untuk pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon, Sweden untuk pesawat Saab JAS 39 Gripen, dan Korea Selatan untuk KAI T-50 Golden Eagle.[16]

Pada bulan Oktober 2017, pihak kementerian telah mengumumkan bahawa ia telah menerima empat pucuk surat niat untuk membekalkan sehingga 18 buah pesawat dari Amerika Syarikat, Israel dan Greece, yang menawarkan pelbagai versi F-16, selain Sweden yang menawarkan versi Saab JAS 39 Gripen yang tidak dinyatakan. Korea Selatan tidak menghantar bidaan dalam tender ini.[17][18]

Pada bulan November 2017, media Croatia menyiarkan tawaran-tawaran dari Sweden untuk Saab JAS 39 Gripen dan Israel untuk campuran armada pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon versi A/B dan C/D telah disenarai pendek daripada empat tawaran.[19] Berdasarkan pada laporan, bidaan dari A.S telah ditolak kerana terlalu mahal, manakala F-16 Block 30 yang ditawarkan oleh Greece juga ditolak kerana telah lapuk.[20][21] Laporan lanjut mendedahkan bahawa tawaran Israel merupakan paling kompetitif dari segi kos, selain membuka peluang tambahan dalam kerjasama pertahanan.[22]

Pada bulan Mac 2018, Croatia telah menerima tawaran Israel untuk memperoleh 12 buah F-16C/D Block 30 "Barak" dalam satu perjanjian bernilai AS$500 juta.[23][24][25]

Pada Disember 2018, kekeliruan akan perjanjian timbul apabila media Israel mendakwa bahawa Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Jim Mattis telah menghalang perjanjian ini di sebabkan peralatan buatan Israel yang dipasang pada pesawat telah menjejaskan kelebihan pada bidaan A.S bagi pesawat F-16 bekas Tentera Udara Amerika Syarikat. Berdasarkan pada laporan, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo telah bercakap dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan berkata "Saya tiada halangan, tetapi Setiausaha Pertahanan Mattis telah menentangnya; beliau yang telah menghalangnya".[26] Menteri Pertahanan Crotia Damir Krstičević telah menafikan laporan-laporan ini, dan menyatakan bahawa "Kerajaan A.S telah meberi kelulusan kepada Israel untuk menawarkan pesawat F-16 milik Israel kepada Croatia, dan kami telah mendokumentasikan keputusan ini".[27] Berdasarkan pendedahan tidak lama kemudian pada bulan itu, Mattis telah menolak permohonanan Netanyahu untuk menjual F-16, kecuali peralatan naik taraf yang dilakukan oleh Israel ditanggalkan dan pesawat dijual dalam keadaan asalnya, di mana kerajaan Croatia bertindak balas dengan mengatakan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian sekiranya ia dilakukan.[28]

Pada 2 Januari 2019, Kementerian Pertahanan Croatia telah mengeluarkan satu tarikh akhir untuk memuktamadkan perjanjian pada 11 Januari, di mana jualan sepertimana yang dipersetujui pada asalnya mesti disahkan, atau ia akan dibatalkan. [29][30] Pada 11 Januari, jualan ini secara rasminya dibatalkan oleh Kementerian Pertahanan Israel, yang mana dilaporkan telah mengeluarkan satu permohonan maaf kepada rakan sejawat mereka di Croatia.[31][32][33]

Pada Mei 2021, Croatia telah memilih pesawat Dassault Rafale buatan Perancis untuk mengantikan armada pesawat MiG-21 melalui bidaan, termasuk tawaran pesawat F-16 dari Israel dan Amerika Syarikat.[34]

Iran

Pada tahun 1976, Iran telah membuat satu pesanan 160 buah pesawat untuk bekas Tentera Udara Imperial Iran (IIAF), dengan pilihan untuk tambahan pesawat sebanyak 140 buah. Di sebabkan Revolusi Iran pada tahun 1979, pesanan ini telah dibatalkan dan tiada penyerahan telah dibuat.[35] 55 of these aircraft were later delivered to the Israeli Air Force.[36]

New Zealand

Pada Disember 1998, Parti National, di bawaj kepimpinan Perdana Menteri Jenny Shipley, telah memberi kelulusan pada Tentera Udara Diraja New Zealand untuk memperoleh 28 buah F-16A/B Blok 15 setelah jualannya disekat ke Pakistan[37] menerusi kaedah sewa-beli selama 10-tahun sebagai pengantian sementara untuk armada pesawat A-4 Skyhawk yang telah usang.[38][39] Harga yang dipersetujui adalah AS$105 juta.[38] Dalam satu tindakan yang kontroversi, perolehan ini kemudian dibatalkan oleh kerajaan baharu Parti Buruh di bawah Helen Clark pada Mac 2000 memetik satu persekitaran keselamatan yang tidak berbahaya di mana "sebuah pasukan tempur udara bukan satu keutamaan".[39][40]

Rujukan

WikiPedia: Pengguna General Dynamics F-16 Fighting Falcon http://alert5.com/2017/11/22/croatia-leaning-towar... http://www.dawn.com/2007/07/11/top11.htm http://www.defenseindustrydaily.com/brazil-embarki... http://www.flightglobal.com/articles/2007/12/27/22... http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1979/1... http://www.janes.com/article/72516 http://www.milaviapress.com/orbat/indonesia/index.... http://www.taipeitimes.com/News/taiwan/archives/20... http://glashrvatske.hrt.hr/en/news/domestic/replac... http://www.israeldefense.co.il/en/node/31877